Thursday, August 13, 2009
Meeting
Tadi ada meeting staff. Gerun juga sebenarnya. Dalam hati terdetik juga kenapa dan untuk apa? Maklumlah aku pun bukan staf yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Bila dengar banyak sangat khabar angin yang entah betul entah tidak (nama pun khabar angin) sedikit sebanyak tergugat juga kan.
Biasalah, siapalah yang sempurna di dunia ni. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Ada kalanya kita cuai dan leka, jadi sebagai sebuah ‘keluarga’ salinglah kita mengingatkan sesama kita. Berpesan-pesan dan ambillah segala teguran sebagai langkah pertama untuk kita berubah ke arah lebih baik. Cuma kalau asyik kena hentam je yang tenang pun jadi berkocak, secarik kain lama-lama terkoyak juga. Apa pun aku setuju dengan cakap bos besar aku ‘LU PIKIRLAH SENDIRI’ (pinjam tagline Nabil).
Susah nak puaskan hati semua orang ni.
Wednesday, August 12, 2009
I'm back!
Aku kembali semula bila geng2 opis aku dah start balik aktiviti blog2 ni.Haha.Tak nak ketinggalan juga (rasanya aku dah jauh terkebelakang ni).Dulu masa jaga kaunter rajinla melayari blog-blog kalau takde customer (ada customer pun kdg2 layan jugak...kihkih).Bila dah 'terserap' masuk kat Unit MBA ni dah tak merasa sangatlah nak buat 'leisure' ni.Muka pun sengal je hati pun panas.Ikhlaskan hati bekerja,tolonglah!Ikhlasnya hati seringkali disalah erti, tulusnya budi....eh, ni lagu Exist ni.Sorry salah channel,gian dah lama tak karaoke.Kahkahkah!!!Hampeh!
Saturday, May 30, 2009
MUNAJAT CINTA
Malam ini,
ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini,
selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus
[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini,
semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
[Chorus]
[Interlude]
[Chorus] (x2)
THE ROC FEAT AHMAD DHANI
Monday, March 16, 2009
StupiDiTy
Tak pernah aku rasa macam bodoh seperti ini. Mengaku sejujurnya perasaan sendiri pada insan yang memang tak sepatutnya aku luahkan apa-apa. Namun aku bukanlah seorang yang bijak melindungi rasa hati apatah lagi menidakkan apa yang terpendam di kalbu. Setahun berlalu bagaikan sesaat cuma. Aku masih menyimpan sekelumit harapan agar satu hari nanti aku bisa bahagia bersamanya. Entahkan impian ini akan menjadi kenyataan atau sekadar impian yang berlalu dihembus angin.
Tidak mahu melukakan hati orang lain, tapi setiap kali itulah hati aku sendiri yang terluka. Hanya kerana ingin melihat orang lain bahagia dan tidak melalui kepedihan sama seperti aku. Tapi sampai bila aku akan menanggung rasa pedih dan pilu? Sepanjang hidup?
Ya Allah, tolonglah.Bantulah hambamu mencari matlamat hidup ini…
Thursday, February 05, 2009
Ekspresiku
Merindui seseorang yang sah bukan milik kita sungguh memilukan.
Memeritkan. Menyakitkan. Bodoh. Tolol.
Perkataan yang mengaitkannya juga sangat tidak enak di pendengaran.
Dicemuh. Setia? Kononnya?
Hanya yang melalui memahami.
Hanya yang melalui merasai.
Perasaan mana bisa ditukar bersesuaian dengan keadaan.
Ia tetap utuh bertugu biar seperit luka dilumur garam.
Tetap sejati. Abadi. Kekal di sanubari.
Setiap hari masih menanti.
Moga ada sinar di balik pelangi.
Yang masih bersembunyi sukar menampakkan diri.
Meruntun hati mengharap pada Rabbul Izzati.
Teguhkan keimanan untuk bekalan ukhrawi
Bukan hanyut dalam kerugian di lembah duniawi.
-Aku-
Tuesday, January 27, 2009
My Novels
Berikut merupakan senarai novel yang aku nak share dengan korang semua:
- Hak Cinta Terpelihara-Lynn Dayana
- Atas Nama Cinta-Lily Suriani
- Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Mushid
- Kau Kekasihku-Anis Ayuni
- Bisikan Rindu-Mimie Afinie
- Bayangan Rindu-Anis Ayuni
- Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
- Saat Cinta Bersemi-Damya Hanna
- 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
- Tunas-Hlovate
- Di Atas Sajadah Cinta-Habiburrahman El Shirazy
- Dark City-Xeus
- Angels and Demons-Dan Brown
- Bertakhta di Hati-Marwati Wahab
- Jalinan Memori-Norhayati Berahim
- Cemburu Seorang Perempuan-Siti Hazneza Abdul Hamid
- Kasihku Abadi-Shanika Latisha
- Badai di Hati-Fazie Hanna
- Erti Sebuah Pertemuan-Nor Azihan Amiruddin
Monday, January 26, 2009
War Game @ GSM Corporate Strategy Simulation at Eagle Ranch,Port Dickson
“Wargh! Kenapa nama aku naik?”
Ekspresi pertama aku bila sampai sahaja di pejabat ada ‘surat cinta’ di atas meja. Sudahlah meja aku memang sedia serabut. Ditambah pula dengan kehadiran surat jemputan yang tidak pernah aku impikan selama ini. Mulalah emosi berubah menjadi tidak tentu hala. Bagi orang lain mungkin mereka tidak kisah tapi bukan aku. Eceh...cam tajuk lagulah pulak.
Budak-budak pejabat yang mana nakal-nakal tu sukalah menyakat. Puaka Nyang Rapik betullah.Mentertawakan aku yang ‘terpilih’ sebagai peserta bersama-sama pelajar MBA yang lain. Mujurlah ada beberapa orang yang turut sama senasib dengan aku. Tidaklah aku keseorangan nanti.
Sesampainya kami di Eagle Ranch, aku ditugaskan memegang kunci dorm. Bolehlah pilih katil bawah siap-siap, detik hatiku nakal. Rupanya hanya segelintir sahaja yang memilih menaiki bas. Kekosongan masih belum terisi sewaktu tiba di dormitori. Aku, Emelia dan Kak Mas memilih katil bawah dalam deretan yang sama. Seorang demi seorang mula memenuhi kamar apabila jarum jam hampir menunjukkan ke pukul 6 petang. Aktiviti pertama malam itu apa lagi kalau bukan pembahagian kumpulan. 4 kumpulan yang diasaskan dengan tema warna merah (RED), hijau (GREEN), biru (BLUE) dan hitam (BLACK). Aku menjadi ahli kumpulan GREEN. Seorang diri. Yang lain ada pasangan. Tak adil ni,bentak hatiku. Namun aku buat tak endah sahaja perkara itu akhirnya.
Bersama dengan ahli kumpulan yang rata-rata berjawatan tinggi adakala membuatkan aku berasa rendah diri. Pendiam dan pasif apabila berada di kalangan mereka yang agresif. Namun sikap kerjasama mereka aku kagumi walaupun ada sedikit pertelingkahan. Biarpun tidak memenangi sebarang cabaran, namun hubungan antara kami tetap baik.
Aktiviti indoor dan outdoor berjalan dengan lancar selama 4 hari di sini. Aku bangga dengan diri sendiri kerana secuak aku pun aku tidak mengelat dari mana-mana cabaran. Water confidence yang aku geruni sangat tu berjaya aku tempuh (dengan keadaan sakit leher sampai dah sampai ke darat pun rasa macam nak terbaring). Abseiling yang pada awalnya buat aku kecut perut berjaya juga aku lalui (macam nak cuba lagi).Kemuncak bermalam di hutan berperang dengan gerila pun berjaya kami redahi (bom busuk memercik kat cermin mata aku) walaupun kepenatan menyelubungi. Pengalaman tidur beramai-ramai di hutan memang manis tapi tidak semanis bila kami semua bertempiaran lari apabila menggempur kem gerila untuk merampas kembali beg yang disimpan oleh mereka. Padahal kami yang menyerang dan bilangan kami jauh lebih ramai daripada mereka. Alasan kami paling konkrit: WE ARE OUT OF BOMB!
MISSION ACCOMPLISHED. THANK YOU THUNDERCATS.
Heheh....natijahnya aku ponteng sehari sebab tak larat nak bangun pergi kerja dan diserang demam.Hahahahah!!
Monday, January 05, 2009
DI ANTARA KALIAN
First time dengar kat You Tube spontan aku menangis.Memang mendalam betul maksud lagu ni.Betullah orang kata cinta tak kenal siapa.Untuk kebahagiaan orang lain, rela tersenyum meski di hati terluka tiada siapa yang tahu...
Am
kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
C G D/F#
tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Am Bm
aku tak mengerti
C D
ini semua harus terjadi
Em Am
kuakui ku sangat sangat mengharapkanmu
C G D/F#
tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Am Bm
aku tak mengerti
C D
ini semua harus terjadi
[reff]
Am D G C
lupakan aku kembali padanya
Am Bm Em D
aku bukan siapa- siapa untukmu
Am D G C
kucintaimu tak berarti bahwa
Am Bm C
ku harus memilikimu slamanya
Em D C
aaaa aaa
G Am
kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
C G D/F#
tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Am Bm
aku tak mengerti
C D
ini semua harus terjadi
[interlude] Em Bm C G D/F#
Koleksi D'Massiv yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu D’Masiv - Diantara Kalian
Busby Seo Test
Saturday, December 06, 2008
GSM-UPM DAN UKM-GSB,TAHNIAH!
ALHAMDULILLAH...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penat jerih kami selama 2 minggu telah pun berakhir dengan jayanya. Aku juga turut menumpang rasa bangga dan gembira bila tempat aku mencari rezeki diiktiraf sebagai top business school bersama dengan UKM. Walaupun sebenarnya terlalu banyak kesulitan dan duka yang dilalui, namun pahit berubah menjadi manis tatkala melihat semuanya beroperasi dengan baik.
Pertama kali menguruskan acara begitu mencabar. Masing-masing tiada atau kurang berpengalaman. Dimarah, diherdik atau dipersalahkan semuanya menjadi agenda harian. Inilah yang dikatakan belajar dari pengalaman. Aku sendiri pun agak sangsi bila ditugaskan menjaga rombongan dan kebajikan peserta dari Indonesia seramai 33 orang. Namun begitu, aku sangat bertuah kerana mereka sangat memahami dan memberikan kerjasama dengan baik sekali. Paling bertuah kerana aku berpeluang menghabiskan masa bersama seorang naib canselor yang sangat ‘humble’ yang kami panggil Pak Tony. Beliau tidak kisah berjalan kaki,menaiki bas mengikuti acara. Aku juga tak menyangka yang aku akan berasa sedih bila mereka berangkat pulang.
Buat teman-teman sekalian, terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang dicurahkan demi menjayakan acara yang julung-julung kalinya. Semoga penat lelah kita terbayar suatu hari kelak.
Buat rombongan dari STEKPI,Perbanas ABFI Institute,USNI,UI,STIAMI dan LP3I-terima kasih atas kerjasama kalian. Semoga Allah merahmati kita semua dan moga ketemu lagi di lain masa.
Salam kasih semuanya...
Saturday, November 29, 2008
Good Morning Love
ASSALAMMUALAIKUM
Sekian lama aku tidak menghabiskan hujung mingguku di luar. Pelawaan temanku aku terima dengan senang hati. Maklumlah dah lama aku tak jumpa ‘adik’ aku ni. Walaupun setiap kali keluar mesti orang ingat dia kakak aku yang adik.Heheh... jangan marah aa Lin.
Mula-mula masing-masing tak tahu nak pergi mana sebab boleh dikatakan kitorang ni spontaneous,x plan apa-apa pun. Lastly, both of us decided to watch movie. Erm...the problem is what kind of movie that we are going to watch? Dalam kepala otak aku memang tak ada yang lain selain Madagascar 2. Tapi kawan aku dah tengok,so we just simply choose this title yang agak ‘taboo’ kat telinga aku:
SELAMAT PAGI CINTA
Mula-mula tu macam...erk...cerita ni ke? Tapi dah cerita lain pun start lambat,belasah je la. Nasib baikla si Amani tu comel. Tapi cerita tu buat aku sedih jugak. Maybe because of my situation right now so i’m being a little ‘jiwang karat’. Namun part paling tak hengat buat aku ketawa masa Amani tersalah buka pintu kereta. Dia ingatkan tu kereta Que Haidar. Rupanya mamat tu bawa vespa jek. Kesiannn...Part Amani kekok nak naik vespa pun lawak giler. Adoi! Kira okeyla cerita tu walaupun tak puas hati sikit ending cerita kisah Fazura dan Pierre. Air mata aku nak gugur jugak tapi tahan. Malu kat orang. Hahaha !
Habis cerita singgah kat Secret Recipe. Bertukar-tukar cerita. Apa lagi cerita cintaku la. Lama jugak melepak sampai nak dekat pukul 7. Dah lama tak bersua muka kan. Dia pun dah ada couple dan reveal from her story she is so happy with that guy. Okeyla tu. Me? Hurm.. kalau ada,adalah. Kalau takde,nak buat macam mana. Itu kan kerja Tuhan. Even people keep on blaming and accusing me but I know one fine day my life will change somehow. I’ll find one.
Sempat juga aku ‘grab’ satu novel yang memang dah lama aku nak. Tunas-hlovate. Dah lama tak layan novel ek. Belasah aje.
Friday, November 14, 2008
Monday, November 03, 2008
Koleksi Brooch Cik Pah
KC008: RM 14
KC007(1): RM16
KC006(2): RM16
KC006(1): RM16
KC005(2): RM20
KC005(1): RM20
KC004(2): RM20
KC004(1): RM20
KC003(2): RM20
K003(1): RM20
K002(2): RM18
K002(1): RM18
K001(2): RM18
K001(1): RM18MEH PILIH BROOCH LAWA2 NI.ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI.PRODUK BATU KRISTAL YANG DIDATANGKAN KHAS DARI KOREA DAN TAIWAN.
KOS PENGHANTARAN
POS EKSPRES- RM 3
POS LAJU- RM 6 (SEMENANJUNG)
Sesiapa yang berminat boleh YM saya di ct_munawirah82@yahoo.com atau email saya di nashrinarlina@gmail.com.Boleh juga tinggalkan pesan di ruangan shoutbox atau komen.Sedia berkhidmat.Heheh.
Saturday, November 01, 2008
Handmade Card

Hasil seni yang aku adaptasi daripada salah satu website yang kawan aku jumpa.Stitching card.Sesuai untuk dihadiahkan buat yang tersayang, sebagai hiasan dan juga sebagai hantaran kan?Kos pun murah.Yang diperlukan hanya benang,jarum,manik dan kad.Juga sedikit kerajinan dan masa lapang.Dah siap!
Pada mereka yang telah aku janjikan nak bagi tu,tunggu ek.Akan sampai jugak walaupun lambat.Heheh.







