Thursday, February 08, 2007
Dipermainkan teman...Inikah Ertinya Cinta
Semua burger Big Mac yang telah sedia dihantar ke kaunter PC, tempat di mana Kak Ogy bertugas. Seterusnya menjadi rutin Kak Ogy sebagai PC memasukkan burger-burger tersebut ke dalam kotak bungkusan khas. Setelah itu, semua burger yang siap dibungkus akan diletakkan ke dalam bin bagi membolehkan krew di kaunter mengambilnya untuk diberikan kepada pelanggan.
Arina menyimpan kembali botol-botol sos yang telah diisi semula ke tempat asal. Apabila dia menoleh, Azlan menggamitnya agar datang kepadanya.
“Kenapa?”soal Arina tatkala dia menghampiri Azlan.
“Kecil hati dengan Kak Ogy?” Azlan membuat tekaan.
“Tak adalah.” Jawab Arina malas. Dia tidak mahu memanjangkan insiden tersebut. Sakit hatinya biarlah dia yang menanggung. Orang lain tak perlu ambil tahu. Azlan tersenyum sinis kerana dia tahu Arina berbohong.
“Sabarlah. Dia memang macam tu. Lama-lama kau akan biasa. Aku dulu pun macam kau juga masa baru-baru masuk. Jom, tolong aku stock up patties.” Arina mengekori Azlan menuju ke freezer. Sebaik pintu freezer dibuka, wap dingin ais beku menerpa wajah mereka berdua.
“Sejuknya!”Arina berkata sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam.
“Sejuk? Nama pun freezer. Memang saja aku ajak kau ke sini. Nak padamkan api kemarahan yang marak dalam hati kau tu. Kalau nak tahu, muka kau tu masam mengalahkan pickles yang aku letak dalam Big Mac tadi tau.”usik Azlan. Arina cuma tersengih menahan malu. Sampai macam tu sekali wajahnya diibaratkan. Mesti hodoh benar. Azlan membuka penutup peti sejuk beku dan mengambil 2 beg plastik beef patties manakala Arina sendiri mengambil 2 beg plastik Mc Chicken Patties.
“Eh,kenapa pintu ni tak boleh bukak Lan?” Arina berteriak cemas apabila pintu tidak mahu terbuka bila dia menolaknya.
“Ha,tak boleh bukak? Kau tolak tak kuat kot.” Azlan menolak pintu freezer menggunakan badannya. Cubaan pertama tidak berjaya. Dia mengumpul kudrat dan menghempas badannya ke pintu dengan sekuat tenaga. Cubaan kedua turut gagal. Hairan. Selalunya sekali tolak sahaja pintu sudah terbuka meskipun diakui pintu ini agak berat binaannya. Pasti ada orang yang menahan pintu ini dari luar,fikir Azlan.
“Tak boleh juga,Lan?” Azlan menggeleng. Arina mula merasakan kedinginan menjalar hingga ke tulang. Habislah, aku tak nak mati beku kat sini! Tak pasal-pasal jadi frozen meat Mc Donald,sungut Arina namun hanya bergema di dalam hatinya saja.
“Rileks,aku cuba lagi,” baru sahaja Azlan ingin melakukan cubaan ketiga, tiba-tiba pintu terbuka luas. Arina menarik nafas lega. Nasib baik ada insan yang tergerak hati untuk membuka pintu freezer ini.
“Ya Allah. Azlan? Arina? Apa yang korang buat berdua-duaan kat sini?” Muazam tersembul di muka pintu. Azlan menapak keluar dari bilik freezer dengan wajah selamba diikuti oleh Arina di belakangnya. Wajah Arina merah padam kesan ekoran terperangkap dalam freezer yang suhunya mencecah takat beku.
“Kot ye pun nak dating, carilah tempat yang bersesuaian sikit. Dalam peti ais pun jadi. Haha!” meledak tawa Kak Ogy dan Muazam. Azlan cuma menggelengkan kepala. Tahu sangat dengan hobi lazim mereka yang gemar menyakat. Dia cukup pasti ini angkara Muazam dan Ogy.
“Habis merah muka Ina, macam udang kena bakar. Kau ni tak patutlah,Lan.” Ujar Kak Ogy menguatkan lagi agenda usik-mengusik.
“Mesti gempak kalau jadi headline suratkhabar kan? Sepasang remaja belasan tahun ditangkap khalwat...di dalam peti ais!” kata-kata Muazam disambut dengan kekekan kuat Kak Ogy.Lydia yang sedari tadi menahan tawa tidak betah lagi mengawalnya dari meledak. Arina mengetap bibir dengan kuat. Ikutkan hati yang menggelegak, ringan saja tangannya ini ingin hinggap di pipi Muazam yang montel itu. Biar melekat ‘cop mohor’ 5 jarinya di situ sebagai peringatan agar tidak memperlekehkan dirinya. Tapi mana mungkin dia seberani itu menampar anak orang. Uh!
Tuesday, February 06, 2007
Pengalaman...Inikah Ertinya Cinta
Matanya dipejamkan sambil mengingati apa yang telah dilaluinya hari ini. Shamsul mengajarnya cara untuk mengendalikan bahagian vat. Selama ini dia hanya tahu makan sahaja segala menu yang terdapat di Mc Donald. Kali ini, dia berpeluang untuk menyediakannya sendiri. Pertama sekali dia diajar cara-cara untuk menyediakan burger Mc Chicken. Mula-mula dia memerhati setiap langkah yang ditunjukkan Shamsul kepadanya. Kemudian, Shamsul mengarahkannya untuk melakukannya sendiri di bawah pengawasannya. Serba kekok ditambah pula dia merasa tidak senang kerana Shamsul serius memerhatikan cara dia bekerja. Hendak dihalang, manakan boleh kerana memang itu tugasnya sebagai instructor kepada dirinya. Hendak tak hendak,dia meneruskan sahaja walaupun keadaan menjadi serba tidak kena. Adakala dia perasan mata Shamsul seakan merenung tajam padanya.
Ketawa Arina tiba-tiba mengenangkan kekalutannya di tempat kerja.Sos untuk burger Filet O Fish diletakkan di dalam burger Mc Chicken. Mujurlah dia tidak dimarahi. Warna untuk kedua jenis sos ini agak serupa cuma sos untuk burger Filet mengandungi cebisan-cebisan sayuran yang sepatutnya jelas perbezaanya. Entah apalah pandangan Shamsul terhadap dirinya. Sejenak wajah Shamsul yang dipanggilnya abang seakan terpapar di depan mata. Dia memanggil dengan panggilan abang sebagai tanda hormat memandangkan Shamsul lebih tua daripadanya. Tidak lebih daripada itu. Memang dia sendiri akui Shamsul memiliki raut wajah yang bisa menggetarkan hati insan yang bergelar perempuan. Melihat dia tersenyum sahaja sudah cukup membuat hati yang suram berubah ceria. Namun untuk jatuh cinta..ah, sama sekali dia tidak terfikirkan hal itu.
“Tak nak makan ke Along?”suara ibunya mematikan terus lamunan dan mengembalikannya semula ke alam nyata. Tersembul wajah ibunya di balik pintu kamarnya yang separuh terbuka.
“Kenyang makan kat tempat kerja tadi.”Malas sahaja Arina menjawab. Dia betul-betul keletihan. Terasa bagaikan hendak patah tulang-temulangnya.
“Tak apalah kalau macam tu. Kalau lapar nanti, mak ada simpankan lauk kat bawah tu. Jangan lupa solat dulu sebelum tidur.”
“Baik,mak.”ujar Arina. Sebaik sahaja ibunya beredar dia terus bangkit untuk menunaikan solat Isyak pula. Nanti kalau dilengahkan bimbang pula tertidur hingga ke keesokan pagi. Matanya pula seolah-olah tidak mampu untuk dibuka. Longlai dia melangkah ke bilik air. Segar semula setelah wajah dibasahi air wuduk.
Selesai solat, dia merebahkan diri untuk melelapkan mata. Tak termampu lagi diri ini untuk bertahan. Selang beberapa minit dia meletakkan kepala di atas bantal, Arina terus hanyut dibuai mimpi.
**************************************************************
Hari ini masuk hari kedua sesi latihan. Arina dan Mazni tiba lebih awal dari semalam. Sementara menanti waktu shif mereka bermula, mereka mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pengalaman mengenai peranan masing-masing.
“Susah juga kan kerja sini. Panik je aku. Tu baru menolong Azlina sediakan kentang goreng untuk customer. Belum ambil alih sepenuhnya tugas kaunter. Tengok Azlina cekap betul. Menu kat sini semua dia hafalRupanya ada masa yang ditetapkan untuk kita serve customer. Kalau kita ambil masa melebihi daripada had masa yang ditentukan,maknanya kita tak menepati standard melayan pelanggan.” Terlopong mulut Arina mendengar ulasan Mazni mengenai tugas yang dipikulnya di kaunter. Agaknya penyediaan makanan juga diambil kira dari segi masa penyediaan, fikir Arina. Jadi dia sendiri harus tangkas dan pantas.
“Kau pula macam mana?Okey kerja kat dapur?Belajar masaklah kau ye. Lepas ni handallah kau memasak kat rumah. Dapat trainer hensem lagi. Memang berbaloi duduk panas-panas kat dapur ni.” Sekali lagi Arina menjadi mangsa gurauan Mazni.
“Biasa je. Kau tahu je la kan selama ni aku pandai makan je. Semalam pertama kali dalam hidup aku pula kena prepare untuk orang. Sos untuk Filet aku bubuh kat Mc Chicken. Nasib tak kena bambu dengan abang Shamsul.”
“Uhuk, patutlah terbatuk je dari tadi rupanya ada orang mengumpat saya” Kehadiran Shamsul mengejutkan mereka berdua. Alahai, bila masa pula dia ni muncul? Tahu-tahu terjengul je kat belakang. Saja mau bikin malu la mamat ni, sempat Arina mengomel dalam hati.
“Mengumpat belakang-belakang bang. Ni depan-depan bukan mengumpat.”
Sampuk Mazni. Shamsul yang selesai meletakkan beg dan topi keledarnya menghampiri mereka berdua.
“Kalau bukan mengumpat,apa pula namanya?”soal Shamsul pula.
“Tu namanya mengata,” balas Mazni sambil ketawa. Arina turut menurut jejak Mazni. Shamsul hanya menggeleng sambil tersengih. Terkena pula dia hari ini. Dalam diam dia membuat perbandingan. Mazni lebih peramah berbanding Arina yang pemalu tetapi sentiasa tersenyum.
“Ooo,kenakan orang. Tak apa,ada lori ada bas,”sahut Shamsul enggan mengalah.
“Rilekslah Abang Shamsul. Saya bergurau je. Tapi kalau abang merajuk, saya suruh Ina pujuk,” balas Mazni selamba. Arina menggelengkan kepalanya. Mazni ni kan..ish geram sungguh aku, rungut Arina sendirian. Balik-balik aku juga!
“Ina nak pujuk?Kalau macam tu abang nak merajuklah hari-hari” balas Shamsul lagi lantas melirik ke arah Arina. Arina sudah mula tidak senang duduk menjadi bahan usikan mereka berdua. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah tersenyum. Tak tahu apa yang patut dibalasnya.
“Wah,riuhnya kat sini. Ada apa-apa yang menarik ke?”tiba-tiba muncul satu lagi suara yang cukup Mazni kenali. Azlina menjengukkan diri dari balik pintu. Dia juga baru tiba seperti Shamsul.
“Tak ada apa. Si Mazni ni ha,suka sangat menyakat orang”Shamsul menjawab. Mazni tersengih ibarat kerang busuk.
“Betullah bang. Itu skill dia yang paling utama. Dengan customer pun dia boleh main-main. Bahaya betul,tapi bagus juga. Mesti kita ada ramai regular customer lepas ni.”Jelas Azlina sambil menepuk bahu rakan didiknya. Mazni tersengih nakal.
“Mestilah,itulah salah satu cara perkhidmatan pelanggan yang baik. Kita mesti peramah,jadi pelanggan akan rasa dihargai.. kemungkinan untuk mereka datang lagi amat besar. Siapa yang untung?”
“Kitalah untung!”serentak jawapan terpacul keluar dari bibir Azlina,Arina dan Shamsul.
“Pandai anak-anak muridku sekalian. So,hari ini aku nak buat apa pula Azlina?” soal Mazni.
“Jom tolong aku stock up beverage. Hari ni kalau sempat aku akan ajar kau buat Sundae. Amacam?”
“Set!” setelah meminta diri, mereka berdua beredar untuk memulakan tugas. Tinggal Arina dan Shamsul sahaja di ruang rehat. Suasana menjadi sepi seketika.
“Macam mana training semalam?Boleh ikut?”Shamsul memecahkan kesepian dengan memulakan kata.
“Boleh kut,”Balas Arina ringkas.
“Kenapa ada ‘kut’ pula kat belakang tu?Ina rasa susah ke?Atau tak yakin?”Soal Shamsul lagi. Dia inginkan kepastian supaya segala kelemahan dapat diatasi.
“Susah juga. Maklumlah,pertama kali. Saya risau juga kalau saya menyusahkan abang Shamsul nanti. Saya ni lambat sikit bang,”Perlahan saja suara Arina di pendengaran Shamsul. Oh, itu yang mengganggu fikiran gadis kecil molek ini. Takut menyusahkan aku rupanya,bisik hati kecil Shamsul.
“Ina,tu la suka fikir yang bukan-bukan. Semua tu boleh diatasi Ina. Yang penting,Ina sendiri ada usaha untuk memperbaiki prestasi. Tak apalah,bak kata orang alah bisa tegal biasa. Jangan risau sangat,okey?Ina ingat semua krew kat sini datang-datang je terus boleh buat kerja?Mereka pun sama je dengan Ina. Jadi,jangan rendah diri lagi,okey?” nasihat Shamsul sedikit sebanyak memberi kesan positif pada diri Arina. Hatinya beransur lega. Senyuman dilemparkan pada Shamsul atas dasar berterima kasih atas kata-kata dorongan yang dititipkan buatnya.
“Macam tu la. Manis Ina bila senyum,kan?Okeylah,kita mulakan latihan sekarang. Abang nak tengok Ina handle kitchen macam mana. Semalam Ina dah belajar cara buat Mc Chicken kan?Hari ni abang akan ajar Ina cara untuk menyediakan Filet-O-Fish,pai epal dan nanas juga nugget. Jom.” Mereka berdua mengatur langkah menuju ke ruang dapur.
“PC! One Mc Chicken!” suara lantang Azlina mengejutkan Arina yang baru tiba di ruang dapur. Jam baru pukul 10.30 pagi dah ada pelanggan? Tepat pada waktunya mereka berdua di sini. Arina menjengukkan sedikit wajahnya ke ruang lobi. Ada 2 orang pelajar lengkap berpakaian sukan sedang membuat pesanan. Hmm..budak-budak sekarang sudah mampu melaburkan duit mereka di restoran makanan segera. Teringat sewaktu dia masih di alam persekolahan. Wang sakunya hanya bernilai RM 1 dan dibahagi dua. Separuh untuk sekolah pagi,separuh lagi buat belanja sekolah agama di waktu petang. Jauh sekali bedanya dengan masa kini.
“Thank you!”Shamsul menyahut. Dia membongkokkan badannya sedikit untuk mencapai bakul tempat simpanan apron yang letaknya di bawah meja. Satu dihulurkan untuk Arina. Dia sendiri mengenakannya kerana ini merupakan polisi yang perlu dipatuhi oleh krew yang bertugas di dapur.
“PC!One Mc Chicken,total two!”pesanan kedua pula diterima. Shamsul memberi isyarat kepadanya supaya memberi respon.
“Thank you!” Arina membalas. 4 keping ban roti dikeluarkan dari plastik. Kesemuanya diatur di atas tray khas lantas dimasukkan ke dalam bun toaster. Sementara menantikan ban siap dibakar, Arina mencapai daging ayam atau istilahnya chicken patties dari dalam freezer. Terpaksa dia menjengketkan kakinya memandangkan kedudukan freezer yang agak tinggi dia ats kepalanya. Dingin ais seta-merta menyerkup jari-jemarinya.2 keping patties tersebut dimasukkan ke dalam bekas khas lalu direndamkan di dalam vat yang berisi minyak yang telah dipanaskan pada suhu tertentu. Tidak lama kemudian, terdengar isyarat bunyi dari bun toaster menandakan ianya telah siap dibakar. Dengan penuh hati-hati dia mengeluarkan tray lalu diletakkan di atas meja. Arina mula melakukan dressing untuk burgernya. Lapisan pertama dia meletakkan salad dalam anggaran segenggam tangannya diikuti dengan sedikit sos krim berwarna putih untuk lapisan kedua. Sekali lagi bunyi bingit memecahkan suasana menandakan patties telah sedia untuk diangkat. Dalam keadaan ia masih panas Arina melatakkan kedua-duanya di atas sekali untuk melengkapkan lapisan ketiga. Selesai,Arina meletakkan ban terakhir untuk menamatkan dressing. Kemudian tray tersebut dihulurkan pada Shamsul yang sudah bersedia dengan kertas pembalut burger. Tanpa membuang masa Shamsul membalut kedua-dua burger tersebut lalu diletakkan di dalam ruangan khas. Sebagai product controller,dia bertanggungjawb menguruskan makanan yang disediakan oleh krewnya dan memastikan kuantiti yang septutnya disediakan untuk mengelakkan pembaziran.
“Jadi macam mana?Senangkan?”soal Shamsul. Arina mengangguk. Memang agak mudah,namun untuk melakukannya dengan kadar segera itulah yang menjadi persoalan.
“Abang nak Arina buat 5 Mc Chisken dan 5 Filet O Fish. Kejap lagi mesti ramai customer. Cara buat filet sama je dengan mc chicken,Cuma ban rotinya kita steam,bukan letak dalam toaster. Tekstur rotinya pun lain sikit,lebih lembut. semalam abang ada bagi manual penyediaan kan?”Arina mengangguk lagi. Memang semalam dia diberi manual penyediaan menu yang terdapat di restoran tersebut dan dia sudah membacanya. Arahan Shamsul dituruti dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Kita terlupa sesuatu,”ujar Shamsul sambil menayangkan tangannya. Alamak,macam mana kami boleh terlupa nak pakai sarung tangan plastik ni? Cepat-cepat Arina mengambil dua pasang sarung tangan. Shamsul menyambutnya dari tangan arina. Mujurlah pengurus belum datang lagi. Kalau tidak...
“PC!Customer in,check product!” suara Kak Meera pula berkumandang
“Thank you!”Tanpa dirancang,Shamsul dan Arina menjawab serentak. Mereka berdua berpandangan. Tidak lama selepas itu,meledak tawa di antara mereka.
Monday, February 05, 2007
Jumpa siapa di PWTC?
Burp! Ops,alhamdulillah…baru lepas lunch. Makan mihun hailam dan fresh orange. Terlalu kenyang dan penuh rasanya perut aku. Dah la pagi tadi melantak nasi lemak. Fuh,banyak tul makan hari ni. Buruk lantak.
Hari ni aku berkenalan dengan seorang student medic from Moscow, but actually he is originally from Malaysia. Kelantanese tak silap. Bila dengar student ambil medic ni, rasa cam…wow, how do they manage to lead that serious life everyday? Dulu aku pun nyaris jugak nak melibatkan diri dalam bidang perubatan…masa tu fikir tak dapat jadi doctor pun tak apa,jadi ahli farmasi pun ok. Tapi tak kesampaian. Last2 involve dalam IT.Hahahha…but till now I couldn’t get the suitable job which suits with my qualification. Rezeki tu ada di mana-mana. Agaknya aku yang tak yakin sebab dah lama tinggal dunia IT ni. Dah setahun,nak masuk 2 tahun.
Semalam aku terpaksa bertugas di PWTC sempena program MACPU-LAN Higher Education Exhibition 2007.Sambutan boleh tahan jugaklah. Ada sesetengah IPTS yang aku tak pernah dengar pun namanya. Kerja kitrg dok mengutip cenderamata atau informasi berkaitan kolej. Lim Kok Wing punya booth…serba hitam,dipagari koleksi computer jenama Apple. Fuh,cun la pc ni. Kalau aku dapat,memang syok! Memandangkan aku bekerja di UPM,jadi serba sedikit pameran ini memang membantu dalam mempromosikan universiti. Buat adik-adik yang masih mencari peluang,buatlah pilihan yang tepat. Pilih kursus yang menjanjikan peluang pekerjaan. Jangan jadi cam akak. Hahahha!! Tengah syok-syok explain kat seorang lady ni, aku tak perasan pun yang sebenarnya lady tu ialah Elly. Kalau korang masih ingat lagi rancangan reality tv3 Mencari Cinta. She’s seeking a place to pursue in masters. Aku tahu pun bila dia dah blah and my colleague yang inform. Sungguh tak perasan. Mula2 ingatkan kawan lama ke sebab memang muka familiar. Ahaks! Ntah apa-apa je aku.
Balik je rumah kira-kira pukul 6 lebih,rasa nak tidur je sebab letih berdiri. Agaknya kalau ada Anugerah Berdiri Paling Lama,memang leh menang. Tapi tak boleh tidur. Lagipun tak elok tidur waktu senja2 ni. Kebetulan malam tu ka nada Anugerah Bintang Popular,layan je la. Hos pun kelakar,tak kering gusi aku dibuatnya. Cuma aku tak gemar tgk pakaian artis wanita kita. Terdedah sana sini,depan belakang. Itukah yang dinamakan kemodenan? Itukah yang dilaungkan sebagai pakaian rasmi? Itukah ciri-ciri penduduk Negara Islam?
Apa pun,tepuk dada,fikirlah sendiri. Renung-renungkan,dan selamat beramal.
Wednesday, January 31, 2007
Corat-coret hari Rabu
Pagi-pagi lagi aku sudah menjenguk rumah kedua aku. Heheh…saja nak cek siapa yang mungkin meninggalkan jejak di blog aku. Wah,aku dapat kawan baru. Tak sia-sia aku bukak. Buat Fysal dan Meera,thanks guys! Have a frequent visit after this. Kalau ada apa-apa artikel yang menarik,bolehlah dikongsi bersama.
Ahahah...kawan aku komplen apasal semua cerita sedih je. Lawaklah pulak,kata diorang. Masalahnya belum ada peristiwa lawak yang berlaku dalam hidup aku sekarang. Lain dengan mereka yang semuanya sedang berbahagia menunggu hari masing-masing. Hanya mereka yang faham saja mungkin takkan sesekali mengatakan begitu. Hahah...nantilah. kalau ada peristiwa yang mencuit hati,pasti akan aku gembar-gemburkan di blog kesayangan aku ni.
Ah,bercakap tentang peristiwa lawak,ada satu yang berlaku semalam. Masa tu kami bertiga (aku,ija,ct) bersiap untuk membeli makanan tengah hari. Memandangkan jarak kafe dengan opis tak berapa jauh, kawan aku yang sorang ni pun pakailah selipar sahaja. Tapi sopan sikitlah daripada selipar jepun. Nak dijadikan cerita, setibanya kami di kafe...hanya bekas-bekas kosong yang mengalu-alukan kedatangan kami. Argh! Mesti student yang perabih semua lauk ni. Bengangnya. Lantas kami memutuskan untuk menapak ke kafe pentadbiran yang agak jauh dari opis. Tapi...mata kami melurut pada selipar yang tersarung di kaki CT. Biar benar CT,kau nak pakai selipar pergi bangunan admin? Bukan apa,sana kan main office,orang-orang berpangkat kan ramai,kot terserempak ngan sapa-sapa tak ke naya tengok staf pakai selipar? Rosak personaliti. Namun itu semua ditolak tepi bila perut dah mula berbunyi mintak diisi. Ah,redah jela.
Nasib baik kami tak terserempak dengan sesiapa,Cuma students je. tapi nampak je pegawai keselamatan,cepat-cepat kami mengubah haluan. Tak nak kena saman. Ahaks! Kawan aku Ija pulak sempat tanya soalan membunuh,”Kalau selipar ni putus camne?” kalau masin kang jadi keje pulak nak patah balik opis cari kasut lain.
Hari ni 2 jam kami dok dalam gelap. Opis black out. Dah berapa kali asyik on off je. ingat nak blah balik je.hahahha!!
Esok cuti,nak beli belah. Kalau jadi. Heheh.. tak sedar diri duit nak habis. Ah,yang penting,enjoy!
Tuesday, January 30, 2007
Dugaan..
Bagaimana kalian semua? Semoga sihat walafiat hendaknya. Tak sakit-sakit macam aku sekarang. Aduh...tension beb. Kesakitan di belakang makin membuat aku tak betah nak duduk lama-lama kat pejabat. Aku mengadu pada teman sepejabat,diorang mengesyorkan aku berurut. Urut?Takutnya. Aku ni dahla kering,camne diorang nak urut? Silap-silap patah lak tulang aku. Buat lawak pulak aku ni.
Tapi memang sakit ni mempengaruhi produktiviti aku. Nak layan orang pun tak ada hati. Sudahlah kerja aku hari-hari mengadap kerenah orang. Nak senyum pun tak larat. Lagi nak melayan fi’il orang yang buat aku bertambah-tambah sakit hati. Bosannya hidup ni. Entah bila akan ada jalur keceriaan menghiasai perjalanan hidup aku yang kian lama kian suram.
Oh,ya...semalam kawan lama aku menghantar sms bertanyakan khabar. Dah lama kami tak berhubung. Masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Terkejut namun aku gembira mendengar khabar darinya. Rupanya dia menghubungi aku setelah terbaca coretan aku di blog ni. Terasa darah meruap ke muka menahan malu yang datang bertandang. Ah, masa dirundung duka apa saja yang kita rasa kita akan luahkan. Hidup terasa kelam. Kekecewaan menyebabkan kita tak mampu untuk menimbang antara baik dan buruk,logik dan khayalan. Kita tenggelam dalam lautan duka yang kita sendiri cipta. Memang benar aku pernah kecewa. Semua orang akan melalui musim luruh di hati bila harapan hanya tinggal impian. Tapi tak semudah itu aku mengalah. Lebih-lebih lagi aku ditikam dengan kata-kata yang mencarik perasaan,namun ada kebenaran di sebalik pedasnya ayat yang dilemparkan pada aku. Siapa lagi kalau bukan teman-teman seperjuangan yang berusaha mengembalikan aku ke dunia nyata.
Sekarang perasaan sedih itu beransur hilang ditelan masa. Walaupun ada kalanya pilu datang menghampiri lubuk hati, sekurang-kurangnya aku berupaya menepis. Dan aku dapat melihat dengan jelas kekurangan yang perlu aku perbaiki. Aku cuba bersikap optimis. Aku juga bertekad untuk merealisasikan impian yang aku amat harapkan akan tercapai satu hari nanti. Tidak kira cepat atau lambat.
Buat kawanku (u know who u are),terima kasih atas kata-kata perangsang yang awak titipkan buat saya. Nanti kalau ada book fair kita pergi ye. Ahaks!
Sunday, January 28, 2007
Coming soon punya nasi minyak
Lepas seorang,seorang kahwin.Aku?Wahahah!!Lawaklah kalau aku pulak.Takkannya dalam masa terdekat ni.Aku masih akan memegang status single aku.Sempoilah beb.
Gantung-Melly
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau telah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa?Ku harus bagaimana?
Kasih...
Sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti
Sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
Gantungnya hubungan cinta denganmu
Membuatku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu
>>Am I feeling this way?Only God knows why.I found this lovely song by Melly from Hello Bebeh blog.Hehehhe..<<
Saturday, January 27, 2007
Photo Collection 1
Nak strawberry?
Depan pintu gerbang Bharat Tea Plantation.Pose senget sebelah :p
Cepat ambil gambar ber-3.Slek,mata terpejam.Panas!
Senyum seindah suria...happy sangat waktu ni.
Panas la wei,cepat sikit shoot gambar aku!

Sweet Girls
Wednesday, January 24, 2007
Selamat Pengantin Baru..Azri dan Ina
Gambar 3: Semua rapat sikit.Ambil berkat.Hahah!
Gambar 4: Azri dan InaHigh contrast
Saturday, January 20, 2007
Plan kensel!
Soal jodoh ni...malaslah aku nak fikir sangat.Kata kawan aku,cinta tu macam rama-rama.Makin dikejar,makin jauh dia meninggalkan kita.Cuba kita duduk diam,sabar.Mesti dia yang akan datang sendiri,kan?Mungkin ada yang tak setuju.Tapi aku setuju sebab selama ini aku dah penat mengejarnya.Dan sekarang,aku nak duduk diam-diam.Ceriakan hidup,belajar apa yang patut.Kumpul duit banyak-banyak.Dan cuba sedaya upaya merealisasikan impian.Aku tak nak harapan hanya tinggal impian.Lagipun...ek eleh...aku ni tak layak ah nak dapat semua tu lagi.Tak sedar diri tul lah aku ni.
Jadi,sempena Awal Muharam,ada baiknya kita muhasabah diri,menilai apa yang masih kurang.Aku kurang hubungan dengan Allah.Aku harap aku akan berjaya menjadi hambanya yang bertakwa dan beriman.Amiinnn...
Thursday, January 18, 2007
Semuanya baru
"Kursus Pra Perkahwinan-3 dan 4 Februari"
Aku sedikit terkejut.Cepat-cepat aku menoleh pada teman yang mengukir senyum simpul.Apa maksudnya?
"Nak pergi tak?"
Aku membaca lagi penerangan yang diperolehi dari email itu.Hmmm...kalau ada kawan yang pergi,boleh juga,aku membalas.Ya,apa salahnya kan?Tak semestinya mereka yang dah nak kahwin je pergi,hatiku berdetik. temanku yang seorang lagi terus menghubungi Pusat Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus.Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang sahabat di universiti bahawa sijil kursus perkahwinan ini ada tarikh luput.Ye ke?Baik bertanya.Lantas kami menyuruh teman yang sedang menelefon untuk bertanyakan kemusykilan yang melanda.Alhamdulillah,ianya sah untuk seumur hidup.Bayangkanlah,kalau hanya sah untuk setahun,mana pulak aku nak cari calon.Tak ke kes naya?Dan berapa kali pula harus aku sertai kursus?Nanti sijilnya saja yang banyak,tapi diri masih sendiri.Ain,akak pun samalah macam awak.Tak sangka pulak kita akan pergi kursus yang sama di tempat yang berbeza kan?Dalam pada itu,sempat kami bergurau untuk bertaruh siapa yang akan kahwin dahulu.Sudah pasti bukan aku.Aku tak mungkin memikirkan hal yang tidak pasti begini.
Oh,ya...aku punyai teman baru.Diperkenalkan oleh salah seorang adik angkatku yang nakal. Namanya?Tak perlu barangkali.Cuma aku boleh gambarkan dia seorang yang sangat pandai menyusun kata (buat puisi pasti hebat).Kata-katanya sungguh memberi ilham pada aku yang sememangnya gemar menulis.Kerdil ku rasa seketika.Dia menghargai kenalan melalui bahasanya dan lenggok bicara yang boleh membuai perasaan.Bahaya kan?Tapi aku yakin,dia seorang yang tulus.Insan yang tulus..nasibnya ku kirakan sama seprti aku.Ya,aku tidak percaya lelaki yang pandai menguntai madah ini acapkali dikecewakan.Melalui gambarnya,aku pasti dia tidak menghadapi masalah untuk mencari calon isteri.Heheh...
Aku semakin tenang menghadapi hidup ini.Yakin yang aku kini tidak akan bersedih lagi.Aku harus kuat,perjalanan hidup masih jauh.Jadi kenapa harus aku persiakan dengan persoalan yang mencalar jiwa?Akan tiba masanya janji Allah sampai kepadaku.Jodoh,ajal maut,pertemuan di tanganNya.Ya Allah,aku mohon kau jauhkanlah aku dari kekecewaan dan kemusnahan.Temukan aku dengan takdirku bila sampai waktu.
Afandy-salam perkenalan saya hulurkan,titian persahabatan ini kita bajai dengan kejujuran dan keikhlasan.
Mofaz120-thanks for the jokes.kelakarlah!Ahaks!
Ojai-agaknyalah blog awak banyak viewer sampai xleh nak bukak.Hahahah...doakan saya cukup duit nak sambar laptop.
ija & Ct-cam tak caya jek wei kita nak join kursus tu?hahah!
Wednesday, January 17, 2007
Misi bantuan 13 Jan 07

Gambar masa misi bantuan banjir ke Pagoh. Kepada siapa yang aku tertutupkan wajahnya tu,minta maaf yek.Camera man pun bukan nak inform.Ceh!Masa tu pun kelam kabut cari tempat,mana nak menyelit.Hahahah!Kalau tak masuk kang cakap x sporting pulak eh.Belasah je la! Depan sekolah tu ada sungai tau,lebarlah jugak.Masa kami sampai,kawasan tu dah surut dan kerja pembersihan giat dijalankan.Tak merasalah kami meranduk banjir.Seram juga aku tengok paras air sunagi tu.Macam nak melimpah ke jalan je.Ada setengah kawasan kat situ masih ditenggelami air lagi.Dah macam kampung terapung.Hujan turun renyai-renyai tapi berterusan.Harap-harap bencana bah ini akan reda dan penduduk Johor kembali menjalani rutin harian masing-masing.Kepada mereka yang terlibat dalam usaha kebajikan ini.teruskan usaha anda dan bantulah dengan ikhlas kerana Allah.Bukan suka-suka main banjir tau.Bahaya!Tuesday, January 16, 2007
My personality
You Are An ISFJ |
The Nurturer You have a strong need to belong, and you very loyal. A good listener, you excell at helping others in practical ways. In your spare time, you enjoy engaging your senses through art, cooking, and music. You find it easy to be devoted to one person, who you do special things for. You would make a good interior designer, chef, or child psychologist. |
Monday, January 15, 2007
Tercipta untukku..
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu
reff:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku sepanjang hidupku
aku ingin engkau
slalu hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu memanggil
seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
Lagu ini aku curi dari link kat blog member aku,ojai.Heheheh...tiba-tiba macam best.Kalau ada orang bagi aku lagu ni,mesti best kan?Kat sini boleh share lirik je dengan korang semua.Siapa nak tau,roger aku.Bair aku nyanyikan spesel.Ahaks!
Rahsia hati
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
*Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
Sunday, January 14, 2007
Realiti,Hadapilah
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk seluruh hatiku
semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
Baiknya jika cinta ini boleh bersemi
Mengharung resah dengan ria senyum manismu
Saat yang indah bersamamu aku syukuri
Dalam senyuman kau alihkan perhatianku
Tak kuharapkan ada insan lain sebagai pengganti
Andai terputus di pertengahan
Tiap katamu aku agungkan
Sepahit mana ku kenang jua
Asalkan engkau kecap bahagia
Air mata ini kan mengalir sendiri
Bila ku lewati tempat yang kita susuri
Terkumpul di situ semua kenanganmu
Baikmu terasa walau kau tiada
Selebar dunia takkan pernah ada serupa denganmu
Engkau yang ku cinta
Mungkinkah tercipta bukannya untukku
Friday, January 12, 2007
Mengharap sinar

Sungguh Ya Allah..tak terhan rasanya hati ini menanggung duka yang terpendam. Aku sendiri tidak tahu kenapa lemah sekali aku untuk menghadapi ujian ini.Bukan kali pertama,bahkan berkali-kali tapi yang berkali-kali itulah tak tertanggung beban.Mulanya aku mampu mengorak senyum,bicara sambil tertawa bersama teman.
Tapi,di kamar ini...sekali lagi aku bertarung dengan emosi. Kepedihan tiba-tiba menyerangku. Aku merayu di dalam solat dengan air mata bercucuran. Teresak-esak menahan tangis yang menggila.Seolah-olah ingin kurangkul Allah,seolah-olah Dia yang Maha penyayang berada di hadapanku.Hinanya aku Ya Allah,aku tahu aku ini hambaMu yang berdosa,tidak layak memohon apa-apa.Namun aku benar-benar tidak tahu kepada siapa lagi harus aku mengadu dan ku lepaskan semua duka yang tergalas di bahuku.Berikan aku petunjukMu Ya Allah,Ya Rahman,agar aku tidak terpesong dari landasan kebenaran.Tidak sama sekali aku ingin termasuk dalam kesesatan yang nyata. Aku merintih.Seduku terasa jelas di pendengaran.
Selesai solat Maghrib,aku menyambung kembali dengan bacaan Yasin.Pastinya dia juga sedang membaca kalimah-kalimah suci ini juga,sempat hatiku memikirkan.Tradisi Khamis malam Jumaat yang seringkali aku culas melakukannya.Pandanganku berbalam dikaburi dengan genangan air mata yang menanti saat untuk tumpah.Kesakitan mula mencucuk mataku yang sedikit bengkak.Agaknya terlalu banyak aku menangis.Raut wajah juga sembab.Tampak muram sekali.Tak mungkin aku akan menayangkan wajah tidak bermaya ini di hadapan keluargaku.Biarlah keperitan ini menjadi milikku yang abadi.
Teman,
Aku mohon maaf pada kalian,kerana sepertinya aku masih belum mampu melepaskan diri dari lembah sepi ini.Belum mampu menjadi insan yang tabah dan kuat sepertimana kalain harapkan.Jangan pernah meninggalkan aku,aku amat memerlukan nasihat dan pandangan kalian.Beri aku kesempatan merawat sebuah luka.Luka kerana meninggalkan...
Wednesday, January 10, 2007
Januari 07
Setelah apa yang dia beritahu semalam,rasanya aku kena putuskan sesuatu.Sampai bila aku nak jadi orang mamai setiap hari?Macam nak gila dan pecah kepala.Walaupun keputusan aku sebenarnya ibarat membunuh diriku sendiri (ibarat ok?)Masa kami berjumpa empat mata,perbualan atau perbincangan kami masih disulami gelak ketawa.Bergurau,walaupun aku sedikit nakal menyindirnya.Heheh..namun di dalam hati aku bergolak.
Hinggalah dia ingin menghantarku pulang,hati aku seakan menjerit,kenapalah cepat sangat masa berlalu..kenapa cepat sangat seolah belum puas lagi jumpa..hati aku menangis..tapi air mataku tidak ingin keluar,jadi aku beranggapan aku kuat untuk menghadapi segalanya.Bila sampai sahaja di rumah dan aku membuka pintu kereta,aku tahu inilah pertemuan terakhir kami.Masih ada senyuman di bibir masing-masing sebelum berbalas selamat tinggal.Dia berpesan sesuatu,tetapi aku menyatakan..apa kata kalau kita jangan msg dulu?Dia tidak mendengarnya..lantas aku mengatakan tiada apa-apa.
Selesai mandi dan solat,aku terasa lega sebentar.Terlalu letih,lalu aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja.Sebelum tidur aku mencapai telefon bimbit lantas aku kirimkan pesanan buat dia.Dan malam itulah aku memutuskan untuk berundur dari hidupnya barang seketika.Air mataku tak henti mengalir saat aku menaip kata-kata itu.Sungguh,aku terpaksa untuk kebaikan 2 pihak.Mutiara jernih mengalir lalu aku tak dapat menahan tangis yang mengasak dadaku.Kulepaskan segalanya pada malam 9 Januari.
Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...
Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita
Reff:Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda
Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir
di Januari
Selamat tinggal
kisah sejatiku
Wow....pergilah
Monday, January 08, 2007
Ku Tak Bisa
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Cuba lari dari kenyataan
Tapi ku tak bisa..jauh..jauh darimu
Ku tak bisa jauh..jauh darimu
Lalu mau apa lagi
Bila kita sudah tak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
2 hati bercampur emosi
Tapi ku tak bisa jauh..jauh darimu
Ku tak bisa jauh darimu
Sabar sabar aku cuba sabar
Sadar sadar seharusnya kita sadar
Kau dan aku tercipta
Tak boleh terpisah
Sunday, December 31, 2006
(sambungan)
Pandangan mata kami tiba-tiba terpaku dengan panorama lembah kehijauan. Saujana mata memandang, rupanya kami sudah tiba di kawasan ladang teh yang sangat luas.Cameron Valley Bharat Tea Plantation diberi nama. Di sisi kiri dan kanan penuh dengan kereta. Apa lagi,kami pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di tempat yang damai ini. Pengunjung agak ramai, maklumlah cuti sekolah ditambah pula dengan cuti umum Krismas. Mujurlah hari cerah dan tanah kering. Kalau lecah,susah juga dibuatnya. Dahlah masing-masing pakai sandal.
Mahu terbenam kaki dalam selut. Turut tersedia sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis teh untuk dinikmati oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan agak mahal bagi aku. Ah, bergambar saja sudah memadai.
Kami meneruskan perjalanan hinggalah ke Tanah Rata. Sukar sungguh untuk mendapatkan parkir kereta. Pekannya agak kecil dan dipenuhi dengan kenderaan yang bertali arus. Perut masing-masing sudah berkeroncong minta diisi. Kami bertiga memilih sebuah kedai makan yang agak kecil untuk menjamu selera. Bagaikan berjanji,semuanya sepakat memesan nasi goreng kampung. Bagaikan nak terkeluar biji mata aku melihat harga yang tertera di menu yang sudah usang di di dinding kedai.Nasi goreng USA RM6.00?Biar betul?Kalah harga makanan kat KL. Sementara menanti pesanan tiba,kami berbincang tentang rancangan seterusnya. Kalau boleh,biarlah bermalam sehari di sini,tidaklah nanti terkejar-kejar. Yang boleh memandu Cik Siti seorang,yang lagi dua harap ada lesen je. Sekadar hiasan di dalam dompet.Heheh..Sempat juga mata aku melilau di sekeliling. Sana sini penuh dengan kelibat manusia. Semuanya mencari tempat makan. Padanlah jam dah pukul 12 lebih,detik hati kecilku.
“Mahal jugalah harga makanan kat sini. Nasi goreng biasa je dah RM3.50,”
“Tu la,kalau sedap aku boleh tahan lagi. Berbaloilah juga bayar mahal,”
“Tak apa,kita tunggu dan lihat je macam mana rupa nasi goreng kampung ala Cameron,”
Setelah lama juga menanti (muka masing-masing tahap jual kat pasar malam pun tak laku),tibalah hidangan yang dinanti-nanti. Aku terkedu. Masing-masing saling berbalas pandang. Dalam hati berdetik persoalan yang sama.Inikah nasinya?Nak tak nak belasah je la. Perut dah lapar sangat,jangan terlalu memilih walaupun terserlah di raut wajah ketidak puasan hati. Betul-betul cekik darah.kalau kedai makan tahap restoran tak apalah jugak,ini standard kedai kat tepi jalan je. Bak kata orang ibarat hidup segan mati tak mahu. Licin jugalah aku makan sebab dah lapar sungguh. Nak tahu macam mana rupanya?Selesai makan tengah hari,kami bergegas ke Tourist Centre untuk mendapatkan info mengenai kemudahan penginapan yang terdapat di sini. Kami mengajukan pertanyaan di kaunter .
“Excuse me, hotel mana yang paling dekat kat sini?”
“Century Pines Resort,”
“Berapa ye rate harga untuk satu malam?”
“3 star hotel rate.”
Aduhai, tertelan air liur aku dibuatnya. Namun ekspresi wajah perempaun Cina tu cukup menjengkelkan. Tahulah kitorang ni bukannya bergaji besar,tak payahlah nak tunjuk muka. At least give us some suggestion about other place of accomodation. Nasib menyebelahi kami apabila ada bilik kosong di Hotel Brinchang. Satu hal lain lagi,hanya walk in sahaja dibenarkan. Dengan kelam kabut kami bertanyakan arah pada seorang auntie di tempat yang sama.
“Auntie,Hotel Brinchang kat mana ye?”
“Where are you coming from?”Blur,kenapa soalan tu pulak yang dia tanya?
“Where are u from?Ringlet or Simpang Pulai?”tanya auntie tu lagi. Pantas kami menjawab Ringlet.
“So,if Ringlet, Brinchang is 2 miles from here. If you are from Simpang Pulai, you will meet Brinchang first,”laaa..yang tu kami tau la..orang nak tahu tempatnya kat mana,argh! Nak tunjuk ek lah tu,ingat aku tak tahu BI ke?
Finally we managed to find the Brinchang’s hotel. It was exclusive from the outside view, but it seems affordable inside.Hehehe..oklah tu. Melayang sorang RM50. The room was quite convenient. We have tv, water heater and thick blanket (the most important things to be consider here). Mula-mula pelik juga apasal xde aircond? Tapi bila bukak je pili,fuh air macam ais. Berlaga gigi menahan ketar. Tilam tebal dah tersedia, badan pun agak letih,apa lagi..mestilah korang boleh bayangkan apa yang kitorang buat kan? Lepas solat Zohor, kami menerukan trip ke tempat-tempat menarik seterusnya.
(bersambung)
Tuesday, December 26, 2006
Cameron Highland
“Nak ikut tak kitorang ke Cameron Highland?”
“Nak!”
Itulah jawapan muktamad yang aku putuskan sewaktu aku diajukan soalan berikut. Sebelumnya memang aku menolak kerana mengikut perancangan,aku terpaksa pergi ke Taiping pada hari itu. Tiba-tiba rancangan terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Lantas pelawaan rakanku disambut dengan senang hati. Ya lah,aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Sekadar mendengar cerita teman-teman ataupun melalui bahan bacaan. Jadi tiada salahnya kan aku ingin merasai sendiri.
24 Disember 2006
Rakanku Siti dan Linda menjemputku pada jam 7.30 pagi. Konon nak datang ambil pukul 6.30.Hahah..terlambat bangun punya pasal. Tak kisahlah,jangan diorang tak datang ambik aku sudah. Kami menempuh perjalanan lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Cameron Highland.

Rajah 1-Cameron Highland 50 meter.:p
Jalan yang kami tempuhi untuk sampai ke puncak cukup mencabar. Selekoh bahaya sentiasa membayangi perjalanan. Mujurlah kami bertiga (syabas buat driver kami Cik Siti),kalau tidak gerun dan bosan juga. Satu jam setengah terpaksa berhadapan dengan jalan bengkang-bengkok cukup meletihkan. Hampir-hampir juga kereta disondol dari belakang oleh lori kecil yang tak kenal erti sabar. Buta ke, nak memotong tapi kan ada kenderaan dari arah bertentangan. Mentang-mentanglah kawasan dia. Sakit hati kami dibuatnya. Untuk mengelakkan lori itu terus-terusan menyusahkan kami, kereta kami berhenti di bahu jalan untuk memberi laluan. Nah,lalulah,nak sangat lalu! Tak padan dengan lori buruk. Terus melekat gelaran ‘lori kurang ajar’ tatkala pandangan kami terarah pada jenis lori tersebut di sini. Tak sempat aku nak menangkap gambarnya. Panas jugalah hati ini bila teringatkan lori kecik tu.

Rajah 2- Kat sinilah berlaku insiden lori pikap tu.Rugi tak ambik gambar.
Pandangan mata kami tiba-tiba terpaku dengan panorama lembah kehijauan. Saujana mata memandang, rupanya kami sudah tiba di kawasan ladang teh yang sangat luas.Cameron Valley Bharat Tea Plantation diberi nama. Di sisi kiri dan kanan penuh dengan kereta. Apa lagi,kami pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di tempat yang damai ini. Pengunjung agak ramai, maklumlah cuti sekolah ditambah pula dengan cuti umum Krismas. Mujurlah hari cerah dan tanah kering. Kalau lecah,susah juga dibuatnya. Dahlah masing-masing pakai sandal. Mahu terbenam kaki dalam selut. Turut tersedia sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis teh untuk dinikmati oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan agak mahal bagi aku.Pelbagai pose kami cuba gayakan.Tapi aku bukannya pandai bergambar,tak fotogenik.Tegak je la macam tiang lampu.Hahah.
(bersambung..)
Thursday, December 21, 2006
Bengang
Sebenarnya hati aku ni tengah dalam dilema.Dalam rasa sakit hati, aku cuba untuk berlagak rasional.Tak baik terburu-buru membuta tuli.Kenapalah dia tak balas walau satu mesej aku?Susah sangat ke?Aku rasa sms tak adalah semahal mana.Aku ni tak ada harga langsung ke kat hati dia?Semuanya bercampur aduk.Kalau dah jemu just say it out to me.Don't keep me awaiting like statue.Astaghfirullah...apa yang aku dah buat ni...aku betul2 sedih.Aku sendiri dah tak kuasa nak berfikir.Kita redha sajalah.Betul kan?
Mungkin ada yang kata aku ni mengada-ngada,manja sangat..entahlah..Semua orang ada pendapat masing-masing.Walaupun aku belum pernah dengar lagi orang cakap camtu (harap2 xdela).Cuma aku mmg pantang kalau mesej tak berbalas.Heheheh..
Tuesday, December 19, 2006
Monday, December 18, 2006
Tahniah and Takziah
Semalam seorang sahabat lama aku mengirim khabar duka mengenai ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah Sabtu lalu.Tersentak aku sebab hari sudah jauh malam sewaktu mesej sedih itu sampai ke pengetahuanku.Zubaidi,atau lebih mesra dengan panggilan 'ustadz' semasa di IMP UPM, merupakan salah seorang rakanku yang cukup galak menyakat aku.Namun, ada juga masa kami berkongsi kisah suka,duka.Pendek kata, dia seorang yang cukup menghiburkan lantaran sikapnya yang suka membuat aku ketawa.Tapi kini pasti dia bersedih hati.Aku harap ustadz akan sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian Allah.Ingin aku katakan sesuatu buat temanku ini seandai dia membaca tulisanku di sini:
"Kalau ustad perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hati,saya sentiasa ada untuk meminjamkan sepasang telinga saya untuk mendengarnya"
TAHNIAH..
Sekalung tahniah aku ucapkan buat sepupuku, Noor Faizah dan suaminya Asril Helmi kerana kalian selamat diijabkabulkan semalam.Suri perempuan cantik laksana puteri kayangan,si teruna pula kacak ibarat putera mahkota,itulah yang boleh aku ibaratkan sebenarnya.Dengan persalinan berwarna ungu menjadi pilihan,kehadiran teman-teman cukup memeriahkan majlis.Aku doakan pasangan mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat.Jauh di sudut hati aku sedih sebab selepas ini pasti hubungan kami bertambah renggang.Kerenggangan ini sudah aku rasai sejak kami masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti.Maklumlah,keduanya mempunyai komitmen sebagai pelajar yang harus diselesaikan.Satu persatu layar memoriku mengimbas semula kenangan sewaktu kami kecil-kecil dahulu.Mandi pun bersama (masa kecik la),ke mana pun bersama.Ikut naik motosikal pakcik ke kedai.Pantang ada cuti sekolah,aku pasti menghabiskan masa baik di kampung atau pun di rumahnya.Namun semua itu makin pudar bila kedewasaan mengambil alih kehidupan kanak-kanak.Aku tak tahu sama ada dia masih ingatkan semua ini,tapi aku akan sentiasa menghargai kenangan kami bersama dari dulu,kini dan selamanya kerana tiada sepupu lain yang lebih aku rapat selain dia.
Buat sepupuku,Ija:
Tahniah kerana dipertemukan kebahagiaan yang boleh aku baca dari raut wajahmu yang ceria.Selamat Pengantin Baru.
Ikhlas,
Me..
Thursday, December 14, 2006
Tension
Nasiblah esok aku minta cuti.Aku kena balik kampung sempena majlis perkahwinan sepupu aku.Ikutkan hati malas nak balik.Hahahh! Sounds like kurang ajar punya cousin.Aku ni masih mampu berfikiran logik dan mampu menilai lagi.Takkanlah saudara punya majlis tak nak pegi.Mak aku kata kalau kita tak hadir majlis orang,nanti orang tak datang ke majlis kita pula.Aku segan sebenarnya dengan dia tu.Sebaya aku dah kahwin,dapat suami hebat,lawyer.Dia pun Insya allah akan menjadi lawyer juga.She just graduated and yet getting married.Bertuah kan?Aku ni kerja pun tunggang langgang.Sampai bilalah nak jadi macam ni...
Tapi jauh di sudut hati aku bersyukur.AKu tetap ada something yang boleh aku banggakan.Dan setiap manusia pun pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Tak guna nak merungut atau membandingkan diri kta dengan orang lain kerana setiap kejadian itu ada ketentuan yang Allah tetapkan.Terimalah seadanya..
Tuesday, December 12, 2006
Bermulanya sebuah kisah
Langkah Arina dan Mazni terhenti di hadapan pintu masuk restoran Mc Donald. Menerusi dinding kaca yang jernih,mereka melihat ada dua tiga orang pelanggan berada di dalam menunggu giliran untuk diambil pesanan mereka di kaunter. Pukul sebelas pagi keadaan masih lengang. Namun situasi di sini pasti berbeza tatkala masa menginjak ke waktu puncak yakni jam dua belas tengah hari . Waktu begini restoran makanan segera ini pasti sesak dengan pengunjung sementelahan lagi lokasinya yang strategik berhampiran kawasan kediaman dan pusat pengajian tinggi awam.
“Macam mana Ina? Nak cuba tak?”Mazni beralih pandang pada sahabat yang berdiri tegak di sisinya.
“Entahla Maz.Aku pun tak tahu.” Balas Arina. Nada suaranya jelas menunjukkan keraguan. Pada mula perancangan, memang dia bersemangat untuk mencuba nasib mengintai peluang kerja di sini. Entah kenapa dia terasa cuak pula.
“Jomlah kita try. Alang-alang dah sampai,kalau tidak sia-sia saja perjalanan kita. Lagipun kau nak ke duduk melepak je kat rumah dalam masa 3 bulan ni? Tengok,baru seminggu kita cuti dah terasa bosan. Kalau kita kerja, dapat juga duit saku. Dapat menimba pengalaman.” Arina diam mendengar hujah Mazni. Tidak mampu dia menangkis kerana kebenaran memang terserlah dalam kata-katanya. Rutin di rumah sejak tamat matrikulasi sama sahaja. Bangun bila matahari sudah tinggi menggalah, lena apabila subuh hampir menyapa. Melayan siaran televisyen yang sememangnya menjanjikan hiburan yang menarik. Tapi semua keseronokan itu hanya mampu bertahan selama tujuh hari. Sudahnya, dia terasa jemu.
“Aku seganlah nak tanya. Kau berani tak?”Arina pula mengajukan soalan.
“Berani tak berani kita masuk dulu. Takkan nak tercegat kat sini,” Seiring dengan itu Mazni menarik tangan Arina.Arina hanya menurut biarpun hatinya berkocak. Pintu kaca ditolak perlahan. Mereka berdua berjalan menghampiri kaunter. Hanya satu kaunter sahaja dibuka dan ada seorang pelanggan yang sedang membuat pesanan. Sementara menanti pelanggan di hadapan mereka selesai dengan urusannya, Arina sempat meninjau keadaan di dalam dapur restoran. Walaupun sedikit terhalang dengan mesin air berkarbonat dan ruang meletak pesanan yang sudah sedia, dia dapat melihat aktiviti para pekerja yang sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. Macam manalah agaknya keadaan aku jika bekerja di sini? Sempat dia membayangkan dirinya menjadi salah seorang krew di situ.
“Selamat datang ke Mc Donald. Nak pesan apa dik?” seorang gadis menyapa mereka sebaik sahaja pelanggan tadi beredar. Tersentak, Arina cuba tersenyum bagi menutup debar di dada.
“Kak, sebenarnya kami datang ni nak tanya. Kat sini ada kerja kosong tak? Kalau ada macam mana nak apply?” Mazni menyoal tanpa rasa sangsi.
“Oh,sekejap ya. Kak Meera!Wanted at the counter!” gadis itu melaungkan nama seseorang bagi membantu menjawab pertanyaan mereka. Mazni sempat menncuit tangan Arina. Menandakan bahawa kemungkinan besar peluang terbuka untuk mereka. Arina mengangguk tanda membalas. Tidak berapa lama kemudian, muncul seorang wanita bertudung biru tua memakai uniform yang berbeza daripada para krew. Segaris senyuman dilemparkan buat mereka.
“Ya,adik ada apa-apa masalah?”soal wanita yang dipanggil Kak Meera. Tutur suara yang lembut menyingkirkan terus rasa malu dan segan yang bersarang di hati Mazni dan Arina.
“Begini kak. Kami datang ni nak tanya kalau ada kerja kosong kat sini,”Arina pula mengambil alih tugas mengajukan soalan daripada Mazni.
“Oh,memang kami sekarang sedang mencari pekerja. Kalau adik-adik ni berminat,bolehlah isi borang ni. Sila lampirkan salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport. Bila dah siap,hantar pada akak semula.” Kak Meera mengunjukkan 2 helai borang permohonan kerja buat mereka berdua.Penjelasan yang jelas diberikan Kak Meera memudahkan urusan mereka seterusnya.
“Kena hantar hari ni juga ke kak?”Tanya Mazni inginkan kepastian.
“Kalau boleh hari ini lagi bagus. Boleh akak teruskan dengan proses temuduga pula. Kalau lepas, esok dah boleh mula training,” jawapan Kak Meera mengundang sedikit getar di hati masing-masing. Temuduga?
“Jangan risau. Soalan biasa saja. Sekadar prosedur. Tak payah baca buku pun boleh jawab,” ujar Kak Meera yang dapat menilai apa yang tersirat di lubuk hati kedua gadis ini. Mazni dan Arina tersipu malu dengan kenyataan Kak Meera. Pasti dia perasan ekspresi wajah mereka yang keruh tatkala diberitahu ada sesi temuduga.
“Kalau macam tu kami minta diri dulu. Terima kasih kak,”Mazni dan Arina meminta izin mengundur diri. Sebelum beredar mereka mengucapkan terima kasih juga kepada gadis kaunter yang membantu awal tadi. Azlina namanya.
Urusan mengisi borang dan menyediakan dokumen yang diperlukan berjaya disiapkan mereka pada hari yang sama. Selesai urusan temuduga, mereka berdua diberi sedikit penerangan tentang latihan yang bakal mereka lalui selama 3 hari berturut-turut. Kemudian mereka dibawa ke ruang kerja untuk menonton video tentang manual tugas di kaunter dan juga di ruang memasak. Sebelum pulang, mereka juga diberi sepasang uniform dan manual tugas.
“Esok datang pukul 10 pagi,okey? Jangan lambat. Awal tak apa. Kalau lewat,buang kerja!” ugut Kak Meera dalam nada bergurau.
“Baik bos. Esok sebelum Subuh kitorang sampai!” Arina membalas mengajuk stail watak Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapuk.
“Sebelum Subuh nak buat apa. Tak payah solat ke? Kedai pun tak buka lagi. Nak tunjuk rajin tu biar berpada ya. Ini awal-awal je bersemangat,baru susah sikit dah nak berhenti”bebel kak Meera lantas disambut deraian tawa mereka berdua. Kak Meera turut tergelak mengenangkan leterannya. Mengalahkan mak nenek meleteri cucu.
“Okey la akak. Kami pulang dulu. Kita jumpa esok” mereka berdua melambai pada Kak Meera lalu beredar. Di luar, kereta abah Arina sudah menanti. Pasti abahnya tidak percaya yang dia akan mula bekerja esok. Sedangkan dia tidak memberitahu hasratnya secara khusus untuk bekerja sepanjang cuti sementara menanti keputusan untuk kemasukan ke universiti. Bimbang jika keinginannya itu tidak dipersetujui.
“Okeylah Ina. Bapa kau pun dah datang tu. Aku pun nak tunggu mak aku. Kita jumpa esok ya”Mazni meminta diri. Perbualan mereka terganggu seketika dengan deringan telefon bimbit milik Mazni. Tertera nombor telefon ibunya di skrin.
“Mak aku call. Rasanya mesti dia dah tunggu aku kat bus stop. Esok 10 pagi ya!”
“Okey. 10 pagi kita jumpa. Assalammualaikum,”Arina bergegas meninggalkan Mazni yang sedang menjawab panggilan. Dia membuka pintu kereta lantas melabuhkan punggung.
“Mazni balik dengan siapa?” abahnya menyoal sebaik sahaja dia menutup pintu kereta semula.
“Mak dia datang ambil,”jawabnya ringkas. Dia meletakkan bungkusan uniform yang diperolehinya di tempat duduk bahagian belakang.
“Esok Along dah mula kerja kat Mc Donald. Pukul 10 pagi.”Arina memulakan bicara.
“Kerja?”soal abah terkejut.
“A’ah. Dengan Mazni. Esok mula pukul 10 pagi.” Balas Arina. Dia membisu menanti reaksi abah terhadap keputusan yang diambilnya. Jika abah tidak bersetuju, dia akan cuba memujuk. Tak mungkin dia menarik balik keputusannya.
“Esok nak pergi macam mana?” Arina tersenyum gembira. Abah tidak menghalang. Pasti abah faham kehendak hatinya untuk menimba pengalaman. Sekurang-kurangnya dia melakukan sesuatu yang berfaedah dan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
“Along naik bas saja la.”dia menjawab. Niat di hati tidak mahu menyusahkan. Dia maklum yang abahnya bekerja. Mana mungkin ada masa untuk menghantarnya.
“Naik bas?Bahaya nak melintas ke perhentian bas tu. Jalan sibuk. Tak apalah,abah hantar.” Tawaran abah disambut dalam keharuan. Abah selalu risaukan keselamatannya walaupun dia telah menjangkau usia 20 tahun. Mungkin kerana dia anak sulung perempuan, berbanding 2 adik lelakinya yang lebih bebas dan tidak terkongkong berlebihan sepertinya. Keadaan menjadi sepi semula. Arina mula membayangkan apa yang bakal dihadapinya esok. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, detik hati kecilnya.
BAB 2
Arina mundar-mandir di hadapan restoran Mc Donald dengan jiwa yang resah. Mazni masih belum nampak batang hidungnya. Tinggal 15 minit sahaja lagi waktu akan bergerak ke pukul 10 pagi. Sebelum bertolak, dia ada menghubungi sahabatnya namun tidak berjawab. Ingatkan Mazni telah sampai lebih dahulu.
Tunggulah sekejap. Lagi 5 minit dia tak sampai,aku masuk, Arina membuat keputusan. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding. Malam tadi mereka sudah berjanji untuk menunggu di sini. Sudah lupakah Mazni? Arina merungut lagi. Kalau boleh dia tidak mahu lewat di hari pertama gara-gara menunggu.
“Hai,baru ye?”seorang lelaki menegurnya. Terkelu lidahnya untuk menjawab lantaran terkejut dengan sapaan yang tidak disangka. Arina hanya menganggukkan kepala sebagai mengiyakan pertanyaannya. Daripada pakaian yang dipakainya, Arina maklum yang lelaki ini merupakan bakal rakan sekerjanya.
“Kenapa berdiri kat sini?Tak nak masuk ke?Shif pukul berapa?” banyaknya soalan mamat ni, getus Arina dalam hati.
“Bukan tak nak masuk,Azlan. Saya tengah tunggu kawan saya. Shif kami pukul 10,”Arina menjawab sambil matanya melirik ke arah jam tangan yang tersemat di pergelangan tangan kirinya.Kurang 10 minit lagi pukul 10 pagi.
“Eh,mana tau nama saya?”Pelik apabila gadis yang baru pertama kali bertemu mengenali dirinya.
“Tu,kat baju awak tu” Jari telunjuk Arina menuding pada tag nama yang dipakai Azlan. Mata Azlan menghala ke arah yang ditunjukkan. Lantas dia menepuk dahi.
“La, terlupa pula saya. Haha. Tak sempat nak kenalkan diri awak dah tau. Jadi giliran saya pula nak tahu nama awak.”
“Saya Arina,”pendek jawapan Arina. Azlan baru hendak menyambung perbualan apabila telinganya menangkap sayup-sayup suara memanggil nama Arina dari kejauhan. Azlan menoleh. Seorang lagi gadis yang tidak dikenali berpakaian seragam sepertinya menghampiri mereka berdua.
“Aduh,sorry lah Ina. Traffic jam tadi. Lepas tu pakcik teksi tu berhenti jauh pulak. Terpaksa aku menapak dari pasar ke sini,” Mazni memberi penjelasan tanpa dipinta. Awa-awall lagi dia sudah keluar dari rumahnya. Malangnya kesesakan jalan raya yang tidak pernah surut di kawasan perumahannya membantutkan kelancaran perjalanannya. Pemandu teksi yang dinaikinya pula tidak betah lagi menunggu lantas bertindak menurukan dia agak jauh dari destinasi sebenar. Walaupun sebal dengan tindakan pemandu tersebut,namun fikirnya itu lebih baik daripada dia terus-terusan tersangkut di dalam teksi. Sekurang-kurangnya dapat juga dia berusaha berlari daripada duduk menyumpah situasi yang membuat hatinya tidak keruan.Simpati pula Arina pada temannya. Terus hilang rasa tidak puas hati yang menyelubungi hatinya sebentar tadi. Tiba-tiba Mazni baru tersedar ada orang lain bersama mereka. Terbit rasa malu mengenangkan tingkahnya tadi. Hari pertama dah jatuh saham.mesti dia ingat aku ni buruk perangai. Terpekik-pekik macam orang gila, Mazni mengeluh.
“Hai,saya Azlan,”Azlan menghulurkan salam perkenalan buat Mazni.
“Saya Mazni. Selamat berkenalan,”salam persahabatan disambut seikhlas mungkin.
“Jomlah kita masuk,dah nak dekat pukul 10 ni. Azlan tak masuk sekali?”Arina bertanya apabila dia melihat Azlan tidak ikut serta bersama mereka.
“Saya lagi setengah jam. Tak apalah, you two masuk dulu. Jumpa nanti,” cepat-cepat Mazni dan Arina melangkah masuk ke lobi restoran. Demi ternampak kelibat Kak Meera,langkah diatur lebih pantas.
“Morning Kak Meera,” Tanpa dirancang, kedua-dua mereka serentak mengucapkan selamat pagi.
“Morning. Kata semalam sebelum Subuh nak datang?”perli Kak Meera. Mereka berdua hanya tunduk membisu. Tidak tahu apa yang wajar diperkatakan memandangkan raut wajah Kak Meera yang serius. Mereka sampai tepat pada waktu,tidak lebih dan tidak kurang. Gelisah mereka dibuatnya. Apa salah mereka?
“La,awat kelu je ni?Akak bukan marah la. Gurau je. Korang takut eh?Haha.”Kak Meera meletuskan tawanya. Lega sungguh hati Arina dan Mazni. Maklumlah hari pertama bekerja, belum bijak mentafsir perilaku dan personaliti krew di sini.
“Ikut akak,”mereka mengangguk tanpa bantahan. Mazni dan Arina membontoti Kak Meera ke ruang kecil tempat mereka menonton video semalam. Mereka difahamkan ia juga merupakan ruang rehat untuk para pekerja. Lebih kepada ruang untuk menjamu selera. Beberapa orang krew yang memulakan shif pagi melemparkan seyuman. Dengan senang hati mereka turut membalasnya.
“Pertama sekali akak nak ucapkan selamat datang ke restoran ni dan menjadi sebahagian daripada krew di sini. Nama akak Ameera, just call me Kak Meera. Akak memegang jawatan sebagai penolong pengurus restoran Mc Donald cawangan Serdang.Akak nak ingatkan tentang peraturan. Mengenai kehadiran,mesti sampai tepat pada waktu. Syabas kerana anda berjaya menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan.” Mazni dan Arina berpandangan sesama sendiri sambil mengulum senyum bangga.
“ Hanya alasan yang munasabah saja kita terima seandainya datang lewat. Kalau ada kecemasan,terpaksa cuti,beritahu kami. Supaya senang kami nak cari pengganti----“
“Pagi Kak Meera!Ops!” amanat Kak Meera terhenti apabila muncul satu suara menyapanya.
“Pagi,Shamsul. Kau shif pagi ke? Akak ingat kau closing?”ujar kak Meera kehairanan. Yakin benar dia bahawa nama Shamsul tersenarai dalam kategori shif malam. Mana mungkin dia tersilap sedangkan dia yang bertanggungjawab menyusun jadual pekerja bawahannya.
“Saya tukar shif dengan Ogy. Dia ada hal sikit katanya. Urgent,”jelas Shamsul. Kak Meera mengangguk tanda faham. Pandangan Shamsul terarah pada kedua orang gadis yang mengambil tempat di hadapan Kak Meera. Pekerja baru agaknya,desis Shamsul dalam hati. Setelah meletakkan beg dan jaket di tempat yang disediakan, dia lantas menjalankan rutin.
“Okey,kita sambung semula. Memandangkan kita bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada pelanggan, kebersihan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Sebelum mula kerja, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu menggunakan sanitizer yang disediakan. Prosedur ini akan diteruskan setiap 30 minit selepas basuhan pertama. Asalkan jaga kebersihan,itu dah memadai. Kalau rasa baru lagi cuci tangan tu, tak apalah tak perlu ikut sangat prosedur tu. Jangan lupa pakai sarung tangan. Ini yang paling penting untuk mengelakkan makanan yang disediakan terdedah pada bakteria dan mengelakkan keracunan” satu persatu pesanan Kak Meera mereka pahatkan di dalam ingatan masing-masing.
“Sekarang kita akan mula latihan. Mazni akak aturkan latihan di kaunter dan Arina akak aturkan bekerja di ruang kitchen. Selamat menjalankan tugas. Akan ada orang yang akan melatih kamu berdua. Mari akak kenalkan krew-krew di sini ” Mazni dan Arina bangun lalu mengekori langkah Kak Meera.
“Okey,krew. Akak nak kenalkan ahli baru kita sekejap,” semua pekerja yang ada di situ menghentikan seketika tugas masing-masing. Semua mata kini menghala ke arah Mazni dan Arina. Timbul pula rasa gemuruh apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Berhadapan dengan wajah-wajah yang tidak dikenali, Arina tertanya-tanya dapatkah dia menyesuaikan diri di sini? Dapatkah mereka menerima kehadirannya untuk menjadi sebahagian daripada krew? Berbanding Arina,Mazni lebih relaks dan tenang.
“Boleh kenalkan diri masing-masing?” pertanyaan kak Meera sekaligus mematikan lamunan Arina. Arina menoleh ke arah Mazni. Mazni cukup faham dengan sikap pemalu temannya itu. Lalu dia memulakan sesi perkenalan yang diatur Kak Meera buat mereka.
“Pagi semua, saya Mazni dan ini rakan saya,Arina,”
“Hai,”perlahan kata yang terbit dari bibir mungilnya. Seakan suaranya tersekat di kerongkong. Para krew turut membalas dengan respon yang sama.
“Shamsul,akak minta tolong kau train Arina bahagian kitchen. Biasakan dia dengan rutin harian kita. Boleh kau pikul tugas ni?”
yeah,di sinilah idea aku terkandas.Sukar rasanya aku nak menumpukan perhatian kat pejabat ni.Mungkin lagi 2-3 hari aku akan sambung.Saat ni kan best kalau ada laptop.Boleh bawak gi mana-mana.Saat-saat camnila kan best ada banyak duit,leh beli apa yang kita nak.Nak laptop!!!
Sunday, December 10, 2006
Movie Minggu Ini

CINTA..SEBUAH KISAH TENTANG KASIH
Aku dah tengok movie ni jumaat lepas.Thumbs up untuk para pelakonnya yang bersungguh memainkan peranan masing-masing.Aku suka part Rubiah (lakonan Fatimah Abu Bakar).Terserlah sifat penyayang dan keibuannya.Amani dan Pierre Andre?Memang sempoi.Aku suka juga kisah diorang.Semualah aku suka.Cuma bab Fasha dengan Eizlan tu kurang sikit.Masa Rashidi dapat tahu Rita curang,aku sedih sebab muzik latar lagu Anuar Zain tu memang kena.Lebih-lebih lagi bila Shidee peluk anak dia.Syahdu beb! Suami baik camtu pun kena tipu.Tapi ni lah hakikat kehidupan.Buat apa nak teruskan kalau tiada lagi perasaan sayang.
Keseluruhan,memang aku puas hati.Abang aku mula-mula aku tengok dia macam berat hati je nak tengok.Akhirnya dia sendiri mengaku best.Ha,tau takpe.
Disebabkan aku minat giler dah kat lagu dendangan Anuar Zain bertajuk Perpisahan, aku cipta satu layout khas untuk aku kongsi dengan korang semua yang datang ke sini.hayati liriknya,fahami maksudnya.Inilah situasi yang pernah aku lalui dahulu..
Friday, December 08, 2006
Where are everybody?
Semalam aku ambil kesempatan meneliti satu persatu komen dari seseorang.Siapa lagi kan kalau bukan akak aku.Heheh.Ada yang buruk ada yang baik.Yang buruk jadikan pengajaran untuk bekalan di masa depan.Bila baca komen tu sebenarnya aku rasa bersemangat nak sambung.Terus aku create satu bab baru untuk mengubahsuai semula bab permulaan.Namun kerajinan aku terganggu dek tugas yang diberi secara tiba-tiba oleh bos aku.Mengira je keje aku semalam.Entah nak buat apa la dengan data banyak-banyak tu.Tapi nasib baik mengira,okay lagi.
Hmmm..susah juga nak memenuhi hasrat orang yang berkedudukan tinggi ni.Apa pun mesti nak high taste.Tak boleh ke nak bersederhana sikit?Yang susahnya staf juga kena handle.Ahahah..biasalah manusia kalau dah biasa diulit kemewahan.Macam manalah perasaan jadi orang kaya ni kan?Bagi aku lebih suka bersederhana dalam semua segi.Tak berlebih,tak berkurang.lain orang lain perangai.rambut sama hitam hati lain-lain.Tapi macam dah tak boleh pakai je peribahasa ni.Rambut pun dah ada macam2 warna.Wahahha.
Hari ni aku akan berjumpa seseorang.Lama sangat aku tak jumpa dia.Rindu.Okaylah,aku sebenarnya tengah buat design tadi.Sekarang aku akan letakkan semua cover novel yang telah aku baca dan akan aku suai padankan dengan lagu tema.Hehhe..saja nak mengisi masa lapang.Jumpa lagi ya!Salam sayang..nashrin arlina
Tuesday, December 05, 2006
Aku Cinta Kamu

“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Marsya ke?”
“Saya.”
“Sya, kau kenal tak siapa yang cakap ni?” duga pemanggil di hujung talian yang membuat panggilan kepada Marsya Qistina.
“Huumm... Kalau tak silap, buaya tembaga kot?” balas Marsya Qistina selamba. Sememangnya dia dapat menduga siapa yang membuat panggilan itu. Pemuda ini juga sudah masuk ke dalam perangkap yang dipasang. Tidak lama lagi dia juga akan terjerat.
“Sampai hati kau Sya, cakap aku buaya tembaga...” ada nada rajuk dalam suara itu.
Di sini aku selitkan fragmen novel AKU CINTA KAMU hasil karya kak ebriza.Buku ni aku beli masa hari Jumaat lepas di MPH,Alamanda. Million of appreciation to my friend Shukri,for bringing me there.Ah,memang sahabatku nan sorang ni sentiasa bersedia kalau aku memerlukan pertolongannya. Bertuah awek dia.Hahaha!
Sebaik sahaja aku sampai di MPH,memang karya Ebriza Aminnudin yang aku cari.Sebabnya?Aku belum pernah baca lagi biarpun setakat ini aku mula mengenali penulisnya yang aku dah anggap macam kakak sendiri.Sebelum ni aku hanya dapat baca bab 8 dan bab 9.Now, I have the book itself and finished reading it.Memang kelakar bila ada babak yang lucu,terutama bila Marsya cuba melarikan diri dari dijumpai oleh musuh ketatnya yang paling dicintainya.Dalam benci ada rindu yang tersimpan.Dalam marah ada sendu yang menyinggah.
Memang kalau nak dibandingkan dengan tulisan aku,jauh panggang dari api.Editor baru baca 2-3 ayat dah campak masuk dalam bakul sampah.Hahahah!!Bila ya aku nak sambung?Aku sendiri susah nak mengatakan bila.Walaupun ramai sangat kawan-kawan aku yang dah lama menunggu aku mengatur langkah.Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.Hmmm..harapan orang-orang yang banyak membantu aku akan aku cuba capaikan biar sesusah mana setinggi mana.
Hari ni aku kena balik lambat.Malam tadi dah la tido awal giler,malam ni tak tahulah aku.Esok ada pot luck,pagi-pagi buta la aku kena bangun menggoreng nugget.Malasnya!!Esok jimat duitla,tak payah aku pening kepala nak pikir makan apa untuk lunch.Heheheh..
Buat Mofaz 120,seronoknya dia pergi bercuti.Maklumla.Dah seminggu tak mandi yek?Jangan lupa ye projek web tu.Boleh saya tolong tukar2 link tu.Ahahhaha!
Friday, December 01, 2006
Pelabuhan Kasih

Assalammualaikum,selamat pagi semua.Aduh,mengantuk pulak hari ni.Malam tadi inilah kerja aku depan pc.Saja melakukan eksplorasi perisian Adobe Photoshop yang sudah lama aku tinggalkan.Aku minat juga bab mereka bentuk ni.dari kecil memang aku suka bertemankan pensel warna dan kertas.Bila dah dewasa,seiring dengan kemodenan arus teknologi.Lebih-lebih lagi bila melihatkan cover novel hasil creative enterprise.Illustrasinya hidup,amat menakjubkan bagi aku.Aku pula sekadar biasa-biasa.Kalau kartun tu bolehlah.Dah lama juga aku tak melukis kan?Sejak kerja ni kebanyakan hobi terpaksa ditinggalkan buat sementara.
Cuma untuk mengarang..kadang-kadang aku curi-curi juga buat di pejabat.Selalunya hari aku tidak sibuk kecuali pada minggu pendaftaran.Ataupun jika aku diarahkan untuk menyertai program di luar untuk promosi MBA.Selain itu,aku akan melakukan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Novel Pelabuhan Kasih karya Lily Suriani (tak silap) memang menarik dan aku suka jalan ceritanya.Ada unsur kelakar dan sedih.Aku seperti terbayang watak Fazil dalam cerita ini.Alangkah bertuahnya kan punya seseorang yang setia begitu.Akan ketemukah aku dengan insan yang mampu memandangnya hati menjadi tenang,bertutur dengannya jiwa terasa aman?Terlalu tinggi rasanya permintaan ini kan?Aku sendiri harus berubah,menjadi seorang yang tenang apabila diamuk masalah,pasrah diduga cubaan dan ujian.Pendek kata,aku sendiri harus menjadi yang terbaik untuk bertemu dengan yang baik.Seperti watak Fatin Nabilah yang dicipta penulis ini.
Memang adakalanya watak-watak dalam novel memberi aku semangat dan membuka minda untuk kita berfikir ke arah yang lebih baik.Jadi,janganlah anggap pembaca novel adalah seseorang yang sentiasa hanyut dalam alam khayalan.Banyak yang boleh kita pelajari melaui pembacaan.Sebab itu peranan penulis amat berat dalam melahirkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca.
Kepada penulis di luar sana,moga kalian berjaya memartabatkan bahasa kita dan melahirkan karya yang mampu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan karya antarabangsa.Salam perjuangan.
Buat kakak kesayangan,Kak Eb..
Warkah Berlagu Pilu saya nantikan kehadirannya.Senyum selalu ya!
Wednesday, November 29, 2006
Hari ini...kurang menarik bagi aku juga kerana sahabat yang sering menemani aku makan tengah hari bercuti.Ah,bertambah bosanlah hari aku.Apa nak buat?Kusut fikiran aku.Nak keluar pun tak ada yang sudi meneman.Susah betul.Kalau di UUM dulu ada je yang ajak keluar tapi kadang2 aku yang malas.Hahah.Waktu macam ni barulah terasa alangkah baiknya kalau punya teman di sisi.Err...tak patutlah aku ingat semua ni.Belum masanya aku diasak dengan pertanyaan seumpama ini.Tidak!Haha...
Apa yang baik untuk orang lain,tak semestinya baik juga untuk kita.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada supaya Allah tidak akan melupakan kita dan akan sentiasa mengurniakan sesuatu tanpa jangkaan.Ya Allah,restuilah hambamu yang kerdil ini dalam menggapai cita-citaku yang setinggi langit seindah kilauan permata..
Tuesday, November 28, 2006
Susah
Monday, November 27, 2006
Mampukah aku?
Hari ni tergerak hati aku nak menjenguk blog akak eb.Tersentak aku bila melihat nama aku terpapar dalam kolum blognya.Rasa malu pun ada juga.Terasa macam aku ambil kursus penulisan pula.Heheh..kena komen dengan pensyarah aku.Memang aku ni spesies pemalu.Rasanya kalau ditegur depan-depan,orang akan nampak perubahan wajah aku.Hahah..kadang-kadang tu sebab kecil pun aku boleh jadi segan.Bila nak berubah pun tak tahu.jadi berani dan lebih berkeyakinan sikit.
Namun,ada kebenaran pada kata-kata kak eb.Setiap teguran yang paling menyakitkan hati sekalipun,kita perlu terima dengan hati terbuka.Sungguh aku amat berterima kasih dengan kak ebriza atas kesudian dia membantu aku.Serius dalam penulisan?Bukan sekadar hobi?Mampukah aku?Memperuntukkan masa untuk aktiviti ini?
Friday, November 24, 2006
Belajar dari kesilapan
Kata Kak Eb,jangan guna terlalu banyak sangat bahasa pasar.Memang aku akui ada banyak jugak dalam dialog aku guna bahasa yang selalu kita guna semasa bercakap.Takkan guna ayat buku kot masa berborak kan?Jenuh la pulak.Walaupun ayat akak tu buat saya meragui kemampuan saya,tapi saya akn cuba juga sehingga akhir.Kalau boleh biarlah berjaya walau berapa lama sekalipun ia akan memakan masa.Harap juga Kak Eb tak jemu dengan pertanyaan dan soalan yang akan menghantui akak.Ahahahahha...
Ok lah,minggu depan ada interview.Cam tak caya je aku.Harap-harapnya keyakinan diri aku meningkat.Nash,jangan takut.Be yourself!Chayok!
Sunday, November 19, 2006
No Promises

Hey baby, when we are together, doing things that we love
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl
I just need you to know girl
I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
Here tonight
Hey baby, when we are together
doing things that we love
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl
I just need you to know girl
I don’t wanna run away, baby you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
I don't want to run away
I want to stay forever
thru Time and Time.. No promises
I don’t wanna run away
I don’t wanna be alone
No Promises
Baby, now I need to hold you tight, now and forever my love
No promises
I don’t wanna run away
baby you’re the one I need tonight
No promises.
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms
I don’t wanna run away
baby you’re the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
here tonight.
This is the song sang by shane ward.I love it very much and i think you guys out there gonna like it like i did.I've been trying to put it at my blog but it seems didn't work well.Whoever knows how to add song in the blog,plese tell me.Ok?I am really dying to know it.Hahaha..
Wednesday, November 15, 2006
I'm back
Kalau ikutkan aku akan cuti sampai isnin depan.Kalau dah elok,Selasa aku mula kerja.Rabu ada appointment dengan doktor pakar oftalmologi.Namanya Dr Suhaila,comel orgnya putih,cakap pun sopan santun jek.Pregnant.Doktor kat unit kecemasan yang tgk aku pun pregnant jugak.Huhu..mungkin nanti anak diorg comel gak cam aku.Wahahah!Dah lama asenya tak merepek.Asyik dok tahan sakit.
Hmm..ase cam dah tembam jek aku.Dok umah asyik melantak je keje.Dah xde apa nak wat kan.Tembam pun tembamlah,janji sihat.Hihi..chow dulu.Salam..
Wednesday, November 01, 2006
Sampai Menutup Mata
Menebarkan bau basah
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi
Oh tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Teriakanku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah kucinta
Sampai ku menutup mata
cintaku sampaiku menutup mata
Syahdu siut lagu ni.Pertama kali dah terpikat.
It's complicated...
Hidup ini memang rumit.Hati dan perasaan kita pun sukar untuk menafsir apa yang kita rasa.Sayang ke,benci ke atau suka?Semuanya ni subjektif.Tak terungkap oleh perkataan.Itulah yang aku rasa.Aku mohon dengan sangat pada Allah agar aku diberi petunjuk.Seharusnya aku mendampingkan diri denganMu Ya Allah,Tuhan Semesta Alam.Aku betul-betul rasa susah sekarang,tersepit antara 2 persimpangan yang aku kabur jalan keluarnya.
Kasih sayang Allah lebih bermakna dari kasih sayang manusia..permudahkan segala urusanku Ya Allah,kurniakan aku ketenangan dan keredhaanmu..aminn..



