Sunday, September 11, 2011

Sengal

Fuh, UNBELIEVABLE !!
Langsung tak sedar bangun-bangun je dah pukul 10 lebih. Lena betul. Apa pun semalam memang satu pengalaman yang berharga. Aku tak pernah sanggup sampai macam tu sekali sebelum ni. Apa yang buat aku nekad ye? Hahaha. Allah faham kenapa dan aku berterima kasih. Tak lupa jugak buat Bad yang jadi bodyguard aku. Nanti akak belanja ok. 

Semalam pertama kali pergi rumah Prof Zainal, mantan dekan kami. Lepas ni Prof akan berpindah ke USIM. Sedih je rasa. Prof memang baik dan kami kadang-kadang dah anggap Prof macam bapa sendiri.  Mungkin kerana peribadi Prof sendiri yang tak kekok bergaul dengan orang bawahan macam kami.
Selesai rumah Prof, aku bergerak ke destinasi yang aku tak pernah sampai lagi. Dipermudahkan ada orang yang boleh teman. Terima kasih Tuhan. Kalau aku sorang memang kalut jugak. Memang jauh ke dalam rumah adik aku ni. Adventure. Lebih-lebih lagi malam. Meremang jugak la aku dibuatnya. Dan sekali lagi menyusahkan dia untuk tunjuk jalan keluar. Keadaan sepatutnya jadi lebih mudah tapi aku selalu jadi punca ia menjadi rumit. Maaf.

Aku cuma harap dapat menjadi yang terbaik dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun selalunya ia akan disusuli dengan kepedihan dan kegagalan. Namun itulah yang menjadikan aku lebih bersedia dan cekal menghadapi kenyataan. 

Menjadi teman yang boleh disandarkan, bukan menjadi teman yang hanya berharap.

Maaf kerana membuat awak tersangkut di tengah hujan lebat.

Maaf kerana sengal suruh belok kanan tapi belok kiri (pelik la kenapa aku jadi macam tu pulak!)

Maaf kerana nyaris membuat kita kemalangan.



No comments: